Sharing Recipes | Cheesy Garlic Bread

 

Bahan Dasar :

  1. Roti (semua jenis roti pun boleh) 
  2. Mentega atau marjerin
  3. 4 ulas bawang putih
  4. Keju mozarella dan cheddar
  5. Daun parsley 

Cara Memasak :

  1. Potong roti mengikut citarasa masing - masing. Saya gunakan roti sosej dan dipotong dua, nipis.
  2. Ambil dua sudu mentega.
  3. Campurkan dengan 4 ulas bawang putih yang dipotong dadu dan daun parsley dipotong halus.
  4. Gaul sebati
  5. Sapu rata di atas roti.
  6. Selepas itu, ratakan roti dengan keju. 
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah, 15 minit. Taburkan daun parsley. 
  8. Mudah. Tiba-tiba ja dah siap. Selamat mencuba! 

*Nota Tambahan :

  • Daun parsley segar saya beli di Lotus. Harga RM 1.39 sebungkus. 
  • Boleh guna parsley kering juga kalau tak ada.

Made by : Noor Husna

Komentar