Sharing Recipes | Sushi Gulung



Bahan Dasar :
  1. Satu cawan beras sushi (Sumo Calrose Rice) 
  2. Rumpai laut keping (Yaki Nori)
  3. Tuna mayonis 
  4. Dua biji telur 
  5. Minyak bijan
  6. Bijan putih 
  7. Salad 
  8. Garam
  9. Gula 

Cara Memasak :

  1. Masak beras sushi. Sukatannya ialah satu cawan beras bersamaan dengan dua cawan air. 
  2. Masak seperti biasa. Selepas masak, masukkan ke dalam bekas.
  3. Letakkan dua sudu minyak bijan, sedikit garam dan gula. Gaul sebati, ketepikan  untuk sejukkan sedikit nasi. 
  4. Siapkan bahan-bahan lain. 
  5. Boleh letakkan bahan-bahan lain seperti sosej, filamen ketam, hirisan lobak merah, timun dan sebagainya. 
  6. Dalam resepi ini, saya hanya gunakan telur hancur (scrambled egg), tuna dan salad sahaja.
Cara Menggulung Sushi :

  1. Basahkan tangan sedikit atau boleh gunakan sarung tangan plastik untuk mengelakkan daripada melekit. 
  2. Letakkan bahagian rumpai laut yang bersinar di bawah. Bahagian kasar di atas. 
  3. Ratakan nasi di atas rumpai laut. 
  4. Letak telur hancur, tuna dan salad sekata.
  5. Gulung rumpai laut perlahan-lahan. Ketatkan dan jangan lupa memerah gulungnya supaya bahan tidak jatuh waktu dipotong. 
  6. Gulung sampai selesai dan biarkan sushi berehat sebentar sebelum dipotong bagi mengelakkan sushi terkoyak apabila dipotong. 
  7. Sapu minyak bijan di atas sushi. Taburkan sedikit bijan putih diatasnya.
  8. Potong dengan pisau tajam dan hidangkan. 
  9. Selamat mencuba dan bon appétit! 

*Nota tambahan :

  • Bahan-bahan boleh dibeli di Tesco dan Billion dengan harga hampir sama. 
  • Sumo Calrose Rice, 1kg RM 9.90 di bahagian beras. 
  • Rumpai laut keping (Yaki Nori), Sebungkus 10 keping, RM 6.90 di bahagian rempah ratus kering.


Made by : Noor Husna

Komentar