Sharing Recipes | Daging Masak Samah


Bahan Dasar :
  1. 500 gram daging
  2. Minyak masak untuk menumis
  3. Sedikit rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 3 ulas bawang merah
  6. 2 bungkus serbuk kari daging (saya guna jenama Hang Tuah)
  7. 2 kotak kecil santan
  8. 10 biji buah keras (rendam dengan air suam, setelah lembut, tumbuk atau kisar)
  9. 2 helai daun pandan
  10. Garam 
Cara Memasak :
  1. Rebus daging terlebih dahulu selama 30 minit. Setelah rebus, ketepikan untuk menumis bahan lain.
  2. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan, daun pandan, bawang putih dan bawang merah.
  3. Selepas naik bau, masukkan daging yang sudah direbus tadi.
  4. Masukkan sedikit air.
  5. Bancuh rempah daging dengan sedikit air. Kemudian, masukkan dan gaul rata dengan daging. 
  6. Tambah sedikit air dan masak sehingga daging lembut.
  7. Setelah daging lembut, masukkan santan dan buah keras yang telah dikisar.
  8. Gaul sebati. Perasakan dengan garam. Masak sehingga pecah minyak.
  9. Siap! Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

Made by : Noor Husna

Komentar