Sharing Recipes | Meatball with Mashed Potato


Resep Bebola Daging dan Kuah (Meatball and Gravy)

Bahan Dasar Meatball :
  1. 500 gram daging kisar
  2. 200 gram daging ayam kisar
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 biji bawang besar
  5. 2 cawan serbut roti 
  6. Satu biji telur
  7. Lada hitam
  8. Garam
Cara Memasak :
  1. Satukan daging dan daging ayam ke dalam bekas. 
  2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus.
  3. Masukkan serbuk roti, telur, garam dan lada hitam.
  4. Gaul sebati dan bulatkan mengikut kuantiti yang anda mahu. 
  5. Masukkan bebola ke dalam kuali. 
  6. Saya dah tak tambah minyak sebab minyak daripada daging akan keluar.
  7. Angkat bebola daging setelah separuh masak.
Bahan Dasar Kuah :
  1. 2 sudu besar tepung gandum
  2. 2 sudu besar mentega/minyak masak
  3. 2 cawan susu penuh krim
  4. 2 cawan stok daging/ayam
  5. Lada hitam
  6. Garam
Cara Memasak Kuah :
  1. Masukkan mentega/minyak. Kemudian, masukkan 2 sudu besar tepung gandum. 
  2. Gaul sebati sehingga tiada ketulan tepung. Kemudian, masukkan stok daging atau ayam. 
  3. Masukkan 2 cawan susu, lada hitam dan perasakan dengan garam. 
  4. Masak sehingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan bebola daging.
  5. Voila! Sudah siap. Boleh dihidangkan dengan kentang lecek tadi.
  6. Selamat mencuba!


Resep Kentang lecek (Mashed Potato)

Bahan Dasar Kentang lecek :
  1. Kentang 500 gram
  2. 3 sudu besar mentega/margerin
  3. 100 ml susu penuh krim 
  4. Lada hitam
  5. Garam
Cara Memasak :
  1. Rebus kentang dalam air panas sehingga empuk. Masukkan sedikit garam ketika rebus kentang.
  2. Selepas rebus, toskan dan terus masukkan ke dalam mangkuk atau bekas.
  3. Lecek kentang dengan pemukul (whisk) sehingga hancur.
  4. Masukkan mentega dan susu.
  5. Gaul sebati sehingga halus. 
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Voila! Siap. Mudah dan sedap. 
Nota Tambahan :
  1. Boleh guna krim memasak untuk gantikan susu.
  2. Boleh juga tambah keju parmesan halus untuk rasa lebih berat dan enak.


Made by : Noor Husna

Komentar