Sharing Recipes | Ayam Goreng Korea


Bahan Dasar :
  1. 500 gram ayam bahagian kepak
  2. Tepung jagung
  3. 5 ulas bawang putih
  4. Serbuk lada hitam kasar 
  5. 6 sudu besar kicap manis
  6. 2 sudu besar serbuk cili
  7. 2 sudu madu
  8. Minyak masak
  9. Garam
  10. Bijan putih
  11. Daun bawang
Cara Memasak :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. 
  2. Gaul ayam dengan serbuk lada hitam kasar dan garam. Kemudian, masukkan tepung jagung mengikut kuantiti keinginan masing-masing.
  3. Fungsi tepung jagung adalah untuk menjadikan ayam goreng jadi rangup. 
  4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan ketepikan.
  5. Untuk sos pula. Tumis bawang putih yang dicincang halus. tumis sampai garing. Kemudian, masukkan kicap manis dan serbuk cili. 
  6. Gaul rata sampai mendidih. Kemudian, masukkan madu. Kacau sedikit dan tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
  7. Saya suka celupkan ayam ke dalam sos. Kalau nak sapu dengan berus memasak pun boleh. Nak campak ayam dalam sos di dalam kuali dan gaul rata pun boleh. 
  8. Terpulang mengikut kehendak masing-masing. 
  9. Selepas siap salutkan ayam dengan sos tadi, taburkan bijan putih dan daun bawang.
  10. Siap!

Made by : Noor Husna

Komentar