Sharing Recipes | Ayam Goreng Tandoori


 
Bahan Dasar :

  1. 500 gram ayam 
  2. Rempah tandori
  3. Tepung jagung
  4. 1 inci halia
  5. 3 ulas bawang merah saiz sederhana
  6. 3 ulas bawang putih
  7. Minyak masak
  8. Garam

Cara Memasak :

  1. Cuci bersih ayam dan toskan. 
  2. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah hingga halus. 
  3. Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam ayam yang telah dicuci bersih. 
  4. Gaul ayam dan bahan kisar dengan rata. Perasakan dengan garam.
  5. Masukkan 2 sudu besar rempah tandori. Gaul rata. Ayam akan mula bertukar jadi merah selepas sebati dengan rempah.
  6. Masukkan 3 sudu tepung jagung. Gaul rata. Fungsi tepung jagung adalah untuk memastikan ayam goreng menjadi rangup.
  7. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga masak. 
  8. Baunya seperti ayam di kedai nasi kandar. Boleh buat sendiri di rumah selepas ini. 
  9. Selamat mencuba! 

Nota Tambahan : 

  1. Rempah tandori saya beli di kedai rempah Shahul Hamid, di pekan Kepala Batas. 
  2. Pelbagai jenis rempah ada. Rempah samah, masak kicap, kurma, beriyani dan sebagainya. 
  3. Kedai ini sangat terkenal di Pulau Pinang. Arwah abah dan kawannya selalu beli rempah di kedai ini untuk masak lauk kenduri kahwin pada waktu ketika dahulu.
  4. Boleh beli rempah dengan harga serendah RM2.

Made by : Noor Husna

Komentar