Sharing Recipes | Koey Teaw Hokkien


Bahan Dasar :
  1. 1kg udang
  2. 3 ketul gula batu bersaiz sederhana
  3. 2 sudu besar udang kering 
  4. Tauhu
  5. Tauge
  6. Kangkung
  7. Telur
  8. Bawang goreng
  9. Garam
  10. Koey teaw/mee /bihun
Cara Memasak :
  1. Bersihkan udang. Buang janggutnya. 
  2. Panaskan air secukupnya. Masukkan kesemua udang yang sudah dibersihkan. 
  3. Masak sekejap sahaja. Jika terlebih masak, udang akan jadi keras. Masak udang dalam masa 4 - 5 minit.
  4. Toskan. Air rebusan tadi jangan buang. Masukkan ke dalam periuk. 
  5. Kopek kulit dan kepala udang. Isi yang telah masak, ketepikan. Kisar kesemua kulit udang tadi. Kemudian, tapis dan ambil air. Lalu masukkan ke dalam periuk dan didihkan. 
  6. Kisar halus udang kering dan masukkan ke dalam kuah. 
  7. Biar didih, masukkan gula batu dan perasakan dengan garam. Kuah sudah siap!
  8. Selepas itu, goreng tauhu dan hiris. 
  9. Bersihkan kangkung dan celur hingga masak kemudian hiris nipis.
  10. Taugeh dibersihkan dan diketepikan. 
  11. Rebus telur dan potong. Akhir sekali, celur koey teaw, mee dan bihun.
  12. Boleh hidang dan makan. Selamat mencuba! 
Nota Tambahan :
  1. Koey teaw /mee /bihun Hokkien aslinya perlu ada cili hitam dan cili merah. 
  2. Kalau tak ada atau malas nak buat, hehehe, boleh makan dengan cili potong.

Made by : Noor Husna

Komentar