Sharing Recipes | Rendang Kaki Ayam


Bahan Dasar :

  1. 1 kg kaki ayam
  2. 15 biji cili kering
  3. 2 inci kunyit hidup
  4. 3 inci lengkuas
  5. 2 biji bawang besar sederhana
  6. 4 ulas bawang putih 
  7. 2 batang serai
  8. 1 inci halia
  9. 3 sudu besar kerisik
  10. 1 kotak kecil santan 
  11. Minyak masak
  12. Garam
Cara Memasak :
  1. Bersihkan kaki ayam. Potong kukunya dan bersihkan. Kemudian, toskan. 
  2. Goreng cabai kering, kunyit hidup, lengkuas, bawang merah, bawang putih, serai dipotong halus, halia sampai naik bau dan garing. Minyak jangan terlalu banyak. 
  3. Selepas garing, masukkan ke dalam blender dan kisar halus. 
  4. Selepas kisar, masukkan kembali ke dalam kuali. 
  5. Sesudah masukkan bahan kisar, masukkan kaki ayam yang sudah dibersihkan. Masak sekali dengan bahan kisar sampai kaki ayam empuk. 
  6. Kalau kaki belum empuk dan bahan kisar sudah kering, masukkan air sedikit.
  7. Kemudian, setelah kaki ayam empuk, masukkan santan dan kerisik. Gaul rata.
  8. Renehkan sedikit sampai pekat dan perasakan dengan garam.
  9. Mudah, cepat dan sedap! Selamat mencuba.

Made by : Noor Husna

Komentar