Sharing Recipes | Shepherd Pie


 
Bahan Dasar :
  1. 500 gram daging lembu /isi ayam /kambing
  2. 6 biji kentang 
  3. 2 cawan susu penuh krim
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1 batang lobak merah
  6. 1 batang kecil saderi
  7. 3 sudu besar cili kisar
  8. 2 sudu besar kicap cair
  9. 1 sudu besar sos worcestershire
  10. Sedikit lada hitam
  11. Sedikit garam
  12. Sedikit daun rosemary, thyme dan parsley
Cara Memasak :
  • Kentang shepherd pie (bahagian atas)
  1. Didihkan air terlebih dahulu. Kupas kentang dan potong kecil untuk senang masak.
  2. Masukkan kentang ke dalam air mendidih. Masukkan secubit garam dan biarkan betul-betul empuk.
  3. Selepas kentang empuk, buang air, toskan sekejap saja dan terus masuk ke dalam mangkuk untuk lenyekkan. 
  4. Lenyekkan sampai halus. Kalau ada ketul-ketul kentang lagi maknanya kentang tak empuk betul,
  5. Setelah halus, masukkan susu penuh krim, secubit lada hitam dan gaul sebati. 
  6. Letakkan di tepi. Mulakan memasak daging,

  • Daging shepherd pie (bahagian bawah)
  1. Boleh guna daging kisar yang dijual dalam tiub tu. Boleh juga guna daging segar dan kisar dalam chopper.
  2. Panaskan kuali. Masukkan daging kisar.
  3. Saya tak guna minyak sebab nanti daging keluarkan minyak dan jusnya waktu memasak.
  4. Masak daging sampai daging betul-betul masak dan berubah warna. 
  5. Selepas daging masak, masukkan bawang putih yang di titik, sedikit lada hitam. Gaul rata.
  6. Masukkan saderi dan lobak merah. Masak sebentar. 
  7. Kemudian, masukkan sos worcestershire, kicap dan cili kisar. Gaul dan biar didih sebentar. Kalau terlampau kering, boleh masukkan sedikit air.
  8. Akhir sekali, masukkan daun rosemary, parsley dan thyme yang dipotong halus. 
  9. Masak sebentar dan siap! 
  10. Ambil bekas untuk dimasukkan ke dalam ketuhar. 
  11. Masukkan daging yang telah dimasak ke dalam bekas. Ratakan, biar jadi satu lapisan.
  12. Kemudian, ambil kentang lecek. Ratakan dan buat satu lapisan di atas daging. 
  13. Ratakan dengan baik. Selepas itu, masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga bahagian atas kentang berwarna keemasan.
  14. Ting! Bunyi saja ketuhar, keluarkan. Taburkan dengan hirisan daun parsley. 
  15. Siapppp! Nampak panjang resepi ni tapi senang nak buat. Selamat mencuba! Nyam nyam nyam! 
Nota Tambahan : 
  1. Daun rosemary, parsley dan thyme saya beli di Lotus. Murah, RM1.39 satu pek. Boleh simpan peti ais, pakai untuk masakkan lain.

Made by : Noor Husna

Komentar