Sharing Recipes | Sundubujjigae


 Bahan Dasar :
  1. Kubis
  2. Cendawan enoki
  3. Tauhu telur
  4. 1 biji bawang besar /bawang Holland
  5. 1 kiub ayam 
  6. Daun bawang
  7. 2 biji telur
  8. 2 sudu minyak cili
  9. Garam
Cara Memasak :
  1. Masak minyak cili dahulu atau boleh beli siap di pasaraya. 
  2. Cuci cili kering dan sangai sampai kering tanpa minyak dalam kuali. Selepas itu, tumbuk dengan lesung batu atau kisar kasar. 
  3. Masak minyak. Kuantiti keperluan masing-masing. Masukkan cili kasar tadi dan masak sampai didih. Perasakan dengan garam sedikit dan siap! Minyak cili kita.
  4. Baiklah. Masukkan 2 sudu minyak cili dalam periuk.
  5. Kemudian, masukkan air mengikut kuantiti diinginkan. Selepas mendidih, masukkan kiub ayam tadi.
  6. Boleh gantikan dengan stok ayam atau stok sayur jika ada.
  7. Selepas mendidih, masukkan kubis yang sudah dipotong, cendawan enoki, tauhu telur dan telur.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan sedikit garam. 
  9. Mudah! Cepat dan sedap di makan dengan nasi putih atau ramen. Nyam nyam!
  10. Selamat mencuba.

Made by : Noor Husna

Komentar