Sharing Recipes | Kari Ikan


 Bahan Dasar :
  1. 8 ekor ikan termenung (Nak guna ikan apa pun boleh)
  2. 3 biji tomato
  3. 7 biji bendi
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 2 biji bawa merah
  6. 1 sudu besar rempah halba campur
  7. 2 tangkai daun kari
  8. 2 keping asam keping
  9. 1 kotak kecil santan
  10. Minyak masak
  11. 1 bungkus rempah kari ikan (Saya guna rempah Hang Tuah)
  12.  Garam
Cara Memasak :
  1. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah halba campur dan tumis lagi. 
  3. Bancuhkan dulu rempah kari dengan sedikit air dalam mangkuk kecil supaya rempah tak berketul. 
  4. Kemudian, masukkan bancuhan rempah tadi ke dalam tumisan. Masukkan asam keping juga.
  5. Masak rempah sampai pecah minyak. 
  6. Kemudian, tambah sedikit air dan masukkan ikan.
  7. Selepas itu, masukkan tomato dan bendi. 
  8. Didihkan. Kemudian, masukkan santan dan kacau sebati. 
  9. Akhir sekali, selepas ikan masak, perasakan dengan garam.
  10. Siap! Selamat mencuba.

Made by : Noor Husna

Komentar