Sharing Recipes | Kengsom Ikan Siakap


 Bahan Dasar :
  1. 1 ekor ikan siakap
  2. 2 ikat kangkung
  3. 2 inci kunyit hidup
  4. 2 batang serai
  5. 8 biji cili padi hijau
  6. 3 biji cili padi merah 
  7. 3 ulas bawang putih
  8. 1 biji bawang besar
  9. 4 biji limau kasturi
  10. Garam
Cara Memasak :
  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Kisar cili padi hijau, cili merah, bawang putih, bawang besar, kunyit hidup. 
  3. Selepas kisar, tuang bahan kisar ke dalam kuali dan tambah air, didihkan. 
  4. Masukkan juga serai yang sudah dititik. 
  5. Selepas bahan sudah mendidih, masukkan kangkung dan ikan ke dalam kuah kengsom. 
  6. Didihkan sampai ikan masak. Ikan tak perlu terlalu lama masak. Kalau terlebih masak isi jadi keras. 
  7. Akhir sekali, perah air limau kasturi dan perasakan dengan garam. 
  8. Mudah, cepat dan sedap!

Made by : Noor Husna

Komentar